SUMBANGAN PIBG SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2023/2024

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa PIBG telah menerima kelulusan kutipan sumbangan bagi tahun 
2023/2024 sebanyak RM115.00 (rujukan surat JPWPKL. 100-2/8/3 Jld. 12). Jumlah kutipan yang
telah diputuskan dalam Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-48 adalah seperti berikut:

BIL PERKARA AMAUN
1 Sumbangan (setiap keluarga) RM70.00
2 Sumbangan Hari Anugerah Cemerlang (setiap murid) RM10.00
3 Sumbangan Hari Kanak-Kanak (setiap murid) RM10.00
4 Sumbangan Keceriaan (setiap murid) RM10.00
5 Kad Pusat Sumber Sekolah RM15.00
JUMLAH KESELURUHAN RM115.00
(Minit Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke-48 Tahun 2023 perkara 7.3 - 7.4)

3. Sehubungan itu, pihak kami berharap agar tuan/puan dapat membuat pembayaran sumbangan menerusi akaun PIBG SK Jalan Gurney (1) di link di bawah.

4. Sesungguhnya sumbangan ini amat bermakna bagi anak-anak menjalani aktiviti di sekolah 
demi kejayaan mereka dalam akademik, sahsiah, kokurikulum dan sukan.
Kerjasama dan keprihatinan tuan/puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih

Halaman Utama